KUALA LUMPUR: KL Wellness City Sdn Bhd melancarkan satu revolusi berasaskan penjagaan kesihatan berkonsepkan perbandaran mampan yang pertama di Asia Tenggara
Pengarah Urusannya, Datuk Dr Colin Lee berkata projek yang bertempat di Bukit Jalil itu
disasar untuk dibangunkan dalam tempoh 10 tahun dengan berkapasiti seluas 10.72 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) secara keseluruhan lebih RM11 bilion.
Jelasnya, usaha itu juga dapat menawarkan perkhidmatan kesihatan yang lengkap dan komprehensif sekali gus meningkatkan pengalaman penjagaan pesakit Malaysia mahupun antarabangsa.
“KL Wellness City akan mentakrifkan semula cara pesakit Malaysia dan antarabangsa menerima rawatan, dalam perbandaran yang mampan, dilengkapi rangkaian penawaran dalam aspek kesihatan, perubatan, kecergasan dan kesejahteraan,” katanya pada taklimat dan pratonton media mengenai projek itu pada Khamis.
Sementara itu, beliau berkata bagi mencapai sasaran tersebut di samping meningkatkan cara dan amalan mengendalikan perubatan profesional, KL Wellness merancang menubuhkan The Nobel Healthcare Park, sebuah kompleks perubatan dan kesejahteraan dengan GDV sebanyak RM1 bilion, sebagai hab sehenti daripada diagnosis hingga pemulihan.
Jelasnya, hab penjagaan kesihatan ini ditubuhkan sebagai usaha bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi terkemuka untuk pelancongan penjagaan kesihatan global sekali gus dapat berpotensi menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara.
“Diterajui oleh pasukan pengurusan yang kukuh dan berpengalaman dalam membina dan menguruskan hospital tertiari, konsep KL Wellness City sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan global utama untuk pelancong penjagaan kesihatan, selain matlamat Pelan Tindakan Industri Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2021- 2025 yang bertujuan untuk meningkatkan pelancongan perubatan di negara ini.
“Penjagaan perubatan Malaysia merupakan antara yang terbaik di Asia Tenggara dan International Hospital kami dinilai berbanding hospital terkemuka di rantau ini, terutamanya Mount Elizabeth Novena di Singapura dan Bumrungrad International Hospital di Bangkok, kedua-duanya memberikan perkhidmatan kepada sejumlah besar pesakit antarabangsa.
“Kami yakin perancangan kami untuk perbandaran bersepadu sepenuhnya ini akan menyumbang ke arah pengalaman yang positif kepada mereka yang mencari kesihatan dan kesejahteraan di KL Wellness City,” katanya.
KL Wellness City akan dilancarkan dalam dua fasa, dan setelah siap sepenuhnya, ia akan turut merangkumi menara pejabat, pusat peranginan persaraan dan pangsapuri perkhidmatan yang berteraskan kesejahteraan.
Fasa pertama disasarkan siap pada 2025.
Eton Khir
Fri Mar 25 2022
Projek yang bertempat di Bukit Jalil itu disasar untuk dibangunkan dalam tempoh 10 tahun dengan berkapasiti seluas 10.72 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) secara keseluruhan lebih RM11 bilion. - KL Wellness City (KLWC)
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran NGO.
Mahkamah tetapkan Isnin depan keputusan larang Chegu Bard
Keputusan mahkamah perintah larangan pada Isnin terhadap Chegu Bard memberi komen atau ulasan berkaitan isu kasino di Forest City, Iskandar Puteri.
Kementerian akan tambah Autogate di pintu masuk negara
Susulan pengumuman warga 46 negara dibenar guna Autogate, kementerian bercadang untuk menambah bilangan kemudahan itu di semua pintu masuk negara.
Tebing runtuh di perumahan mewah Cyberjaya, PBT diarah segera baik pulih
Majlis Perbandaran Sepang diarah menyegerakan kerja-kerja baik pulih runtuhan tebing di kawasan perumahan mewah Cassia Garden Residence di Cyberjaya.
Warga asing dari 46 negara dibenar guna Autogate untuk masuk ke Malaysia
Antara negara yang dimasukkan dalam senarai itu adalah 26 buah negara daripada Kesatuan Eropah dan negara dari Asia, termasuklah China, Hong Kong, Bahrain, Kuwait, Jordan, Oman dan Qatar.
Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC
Industri pengurusan kekayaan Islam bersedia untuk terus berkembang sebagai tindak balas kepada perubahan dalam pasaran dan trend baru muncul.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.
Tiada lagi panjat pokok, kerajaan akan pastikan liputan internet cukup - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan Internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Projek bercampur Ho Hup bernilai RM1 bilion di Bukit Jalil dihentikan, Exsim beli tanah RM110 juta
Perjanjian pelupusan yang dimeterai bertujuan untuk memperbaiki kedudukan kewangan kumpulan itu.
Ketengah ‘Malam Graduasi’, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends 1 Jun depan
Pemilihan konsep malam graduasi adalah peluang peminat mengimbau kembali momen selepas tamat zaman persekolahan.
Program setahun bersama Kerajaan MADANI: Prasarana tawar diskaun 25 peratus
Prasarana menawarkan diskaun hingga 25 peratus untuk perkhidmatan rel dan BRT dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil, bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Mayat dalam kereta: Polis berkas lima lelaki
Hasil siasatan mendapati kes ini berkaitan satu laporan polis bersabit Bukit Jalil 8063/23 yang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Komposer muzik terkenal India Yuvan bakal adakan konsert di Malaysia pada Sabtu
Komposer muzik terkenal India, Yuvan Shankar Raja, bersedia untuk memukau penonton dengan persembahan dinamik menerusi konsert bertajuk "HIGH ON U1 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2023" pada Sabtu ini.
Blinks Indonesia tercabar, Sitizoner naik angin - Panas konsert BLACKPINK di media sosial
Kami senaraikan beberapa perkara menarik yang menjadi buah mulut netizen dalam konsert Born Pink Live in KL.
Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 2 pagi
Operasi semua stesen lain akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir.
Piala AFF: Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi Thailand, harga kekal RM30
Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara skuad Harimau Malaya dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini (7 Jan).
Piala AFF 2022: Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 12.30 malam
Operasi Stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 malam pada 3 Januari ini.
Pandelela, Tze Liang menang emas di GP Terjun
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong kembali menguasai acara kegemarannya, selepas memenang pingat emas di Grand Prix Terjun FINA.